20 Ilmu Cinta Ini Membolehkan Anda Mekar Kembali Hubungan Cinta Yang Semakin Pudar..

… Tanpa Perlu Mendapatkan Khidmat Nasihat Pakar Atau Kaunselor Keluarga

Jika anda lihat kembali, pembentukan sebuah rumah tangga dan keluarga yang tenang dan berkasih sayang, tidak sesukar mana.

 

Ia hanyalah proses komunikasi berkesan merangkumi aspek perlaksanaaan, niat, hak dan peranan suami isteri berteraskan akidah, syariat dan akhlak islamiah untuk mewujudkan keharmonian.

 

 

Yang mana ramai pasangan suami isteri menyatakan ia tidak sesukar mana. Dan tidak dinafikan ramai pasangan berjaya menjalankan peranan masing-masing.

 

Tetapi pada hakikatnya, masih ramai pasangan suami isteri tidak sedar, bahawa membina sebuah rumah tangga yang bahagia, bukan sekadar mengucapkan ayat “aku mencintaimu” dan “aku merinduimu” ataupun berbulan madu di luar negara.

 

Banyak pengorbanan dan tolak ansur mengiringi perjalanan jauh sebagai pasangan yang bergelar suami dan isteri malah lebih dari itu.

Setuju dengan saya?

 

Dan ia antara punca-punca utama mengapa berlakunya Ketidakbahagiaan, ketidakharmonian, ketidaksetiaan dalam perhubungan, jemu dan hilang keceriaan dan banyak lagi badai-badai perhubungan yang melanda pasangan yang lemah emosi dan empati.

Mendengar Lebih Penting Dari Memberi Penjelasan...

Apakah rumah tangga saya sudah begitu baik dan bahagia sehingga saya berani menulis buku tentang kebahagiaan rumah tangga?

 

Belum. Rumah tangga saya sendiri belum seindah apa yang saya tulis. Saya dan anggota keluarga sedang berhempas pulas dalam proses membinanya

 

Sebagai suami, bapa dan anggota sebuah keluarga, saya tidak terlepas daripada menghadapi masalah-masalah sama ada yang besar dan yang kecil.

 

Kegagalan mendengar dengan penuh empati luahan, kata-kata dan tindak-tanduk isteri sendiri adalah antara kesilapan-kesilapan yang pernah saya lakukan.

 

Pada mulanya, saya menyangka amat penting punya kemahiran berkata-kata dan memberi penjelasan. Rupa-rupanya menjadi pendengar yang baik jauh lebih penting.

 

Saya hakikatnya masih ‘dalam perjalanan”. Saya tidak menulis atas kapasiti seorang guru, yang mendidik dan memimpin orang lain dalam sebuah kembara yang telah dilaluinya dan ‘dia telah sampai’.

 

Sebenarnya, pada bahagian inilah modal saya untuk membetulkan diri sekali gus menukilkannya dalam tulisan.

 

Pada masa yang sama dengan hasrat membantu pasangan suami-isteri lain, yang mungkin akan dan sedang melalui cabaran dan ujian sama seperti yang telah saya lalui. 

 

Saya pasti anda, sekarang sedang berhadapan dengan ujian tersebut. Betul kan?

Saya Terdorong Untuk Sampaikan Ilmu Berharga…

Ini menyebabkan saya mencari ilmu, bertanya pengalaman daripada guru-guru, sahabat-sahabat, dan melakukan bermacam-macam usaha untuk menyelesaikannya. 

 

Bermula dengan pengajian kitab tentang Muhimmah – kitab tentang peranan suami isteri dalam rumah tangga sewaktu di Universiti. 

 

Sehingga menghadiri pengajian dalam subjek yang sama menerusi pelbagai kuliah di masjid, pusat pengajian dan di dalam kursus anjuran pihak yang berkenaan. 

 

Alhamdulillah, ada krisis yang dapat diselesaikan, dan ada pula masih tinggal sebagai ‘modal’ untuk merintih terus kepada Allah. 

 

Pengalaman-pengalaman ini sangat mahal harganya untuk ditinggalkan begitu sahaja.

 

Sebagai pendakwah, penulis dan jurulatih program pembinaan insan, saya berkesempatan bertemu ramai orang yang terdiri daripada pelbagai tahap pemikiran, latar belakang keluarga dan pekerjaan. 

Tentu sahaja isu keluarga dan masalah rumah tangga sentiasa dibincangkan.

 

Lalu saya terdorong untuk membukukannya, tanpa menyebut nama atau kesnya secara khusus, kerana nilai didikannya bukan dikutip daripada falsafah atau teori yang tinggi-tinggi untuk dijangkau, tetapi sangat realistik dan praktikal untuk diamalkan oleh masyarakat awam. 

 

Adakah Anda Berhadapan Dengan Ujian Berikut...


  • Teras dan asas sebuah rumah tangga sedang goyah

  • Masalah komunikasi yang meruncing

  • Sedang menghadapi krisis pertengahan umur

  • Wujud ketidaksetiaan dalam perhubungan dan gangguan dari cinta pihak ketiga

  • Jemu dan hilangnya keceriaan dalam kehidupan seharian suami-isteri

Apa yang dinyatakan di atas adalah masalah-masalah utama yang sering menjadi faktor-faktor kepada keretakan perhubungan antara suami isteri.

 

Cinta dalam perkahwinan ibarat sebuah kebun yang berhasil. Jika ia dijaga dengan baik, hasilnya lebat. Tetapi apabila diabaikan, lihatlah lalang-lalang tumbuh meliar, daun kekuningan layu menyembah bumi, tanah yang kering dan kontang.

 

Sehubungan itu, untuk menjadikan perkahwinan itu sebagai kebun percintaan dan bukan pusara adalah menjaga dan mengawal perasaan kita sendiri mahupun perasaan pasangan kita.

 

Sebab itu di gelar “perasaan cinta” dan bukan fikiran cinta. Justeru, menjaga perasaan samalah dengan menjaga cinta. Hadirnya cinta orang ketiga atau jemu dengan pasangan adalah kerana cinta tidak dijaga sepertimana sebuah amanah.

 

Cinta adalah satu amanah, betul?

Mana Lebih Penting, Harta Atau Keluarga?...

Suami atau isteri bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk pasangan masing-masing. Untuk siapa kalau bukan untuk pasangan dan juga anak-anak.

 

Ada yang bekerja siang, pulang lewat malam. Ada pula yang terlampau sibuk hingga tiada ruang untuk bersama.

 

Dan ruang inilah yang anda, pasangan mahupun anak-anak perlukan untuk berkomunikasi, untuk mendengar masalah-masalah, rintihan yang terbuku didalam hati.  Yang menjadi faktor merapatkan hubungan dan keceriaan sesebuah keluarga.

 

Apakah ruang ini tidak lagi hadir dalam keluarga anda?

“Apa Yang Perlu Saya Buat Sekarang Untuk Kembalikan Cinta, Kasih dan Sayang Yang Selama Ini Terabai?...”

Dr. A’id al-Qarni dalam bukunya La Tahzan menulis, “Orang yang pertama merasakan nikmat kebaikan ialah orang yang melakukannya!”

 

Ertinya, sesiapa yang berusaha menjadi sumber kegembiraan (dengan terlebih dahulu berbuat baik), maka dialah yang pertama akan merasa gembira. Memberi lebih gembira daripada menerima!

 

Betul kan?

 

Oleh hal demikian, mahukah anda:

  • Kaedah untuk meletakkan kembali teras dan asas dalam pembentukan keluarga yang tenan  dan berkasih sayang, merangkumi aspek niat, pelaksanaan, hak dan peranan suami isteri berteraskan akidah, syariat dan akhlak Islamiah. Supaya betaut kembali rasa cinta?
     
  • Mengatasi ketidaksetiaan dalam perhubungan, gangguan cinta pihak ketiga, dan lain-lain gangguan rasa cinta dan jalan penyelesaiannya supaya perhatian pasangan hanya untuk anda sahaja?
  •  
  • Menangani ‘Krisis Pertengahan Umur’ yang lazimnya melanda alam rumah tangga mereka yang sudah lama berkahwin supaya ia tidak menjadi punca perbalahan?
     
  • Langkah-langkah praktikal untuk menangani masalah komunikasi yang merupakan penyumbang terbesar kepada ketidakharmonian rumah tangga supaya anda boleh tegangkan kembali ikatan yang terlerai?
     
  • Mengatasi masalah jemu dan hilangnya keceriaan dalam kehidupan seharian suami-isteri yang semakin sibuk dengan urusan dan perasaan masing-masing?  
     
  • Dan banyak lagi masalah-masalah suami isteri yang perlukan perhatian dan penyelesaian segera?

 

Maka saya ingin bantu anda untuk mengatasinya….

 

Oleh hal demikian Memperkenalkan

 

E-Buku

Bawa Cinta Kita Ke Syurga

*Gambar sekadar hiasan. Ebook ini anda perlu muat turun ke komputer atau henpon anda. 

Apa Kandungan Dalam Ebook Bawa Cinta Kita Ke Syurga Ini?

Dalam ebook yang dikarang khas untuk para suami isteri yang sedang menghadapi cabaran dan pasang-surut rumah tangga, anda akan pelajari 20 Ilmu cinta antara tajuknya:


  • Seorang Suami Bernama Muhammad SAW.
    Kisah seorang suami bernama Muhammad SAW dan bagaimana sikap, cakap dan diam Baginda sebagai seorang suami.

  • Kukuhkan Cinta Dengan Tanggungjawab.
    Bagaimana mengukuhkan cinta dengan tanggungjawab serta komunikasi berkesan supaya anda kenal pasangan dengan lebih dalam.
     

  • Bajai Kebun Cinta Kita.
    Bagaimana menyuburkan cinta dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang nampak remeh, tetapi kesan sebenarnya membangkitkan perasaan cinta

  • Agar Sehidup Semati.
    Bagaimana mengatasi krisis pertengahan umur yang menjadi punca jarak hati dan jurang emosi yang lebar antara suami isteri dengan hanya sentuhan tidak dibauri keingingan seksual.

  • Sucikan Cinta.
    Kenali prinsip-prinsip dan niat cinta yang selaras dengan agama supaya rumah tangga tidak bergoncang kerana tersasar dari matlamat asal sesuatu perkahwinan

  • Mencari Cinta Yang Hilang
    Ketahui kenapa cinta hilang bagaimana untuk mengembalikan nya dengan beberapa gerakkan mudah tanpa perlu belanja besar asalkan anda berusaha mencarinya

  • Rehatkan Rumah Tanggamu Dengan Solat
    Satu gaya hidup yang jika diamalkan mampu mengelakan pasangan daripada pecah belah dan memberikan kekuatan menghadapi ujian rumah tangga dengan penuh hikmah dan ketenangan

Pandangan Ustaz Syaari Ab Rahman Mengenai Ebook Bawa Cinta Kita Ke Syurga

UNTUK SIAPA ILMU

CINTA INI…

  1. Mereka yang telah berumah tangga khususnya yang mencari panduan untuk membentuk rumah tangga yang tenang dan penuh kasih-sayang, menyelesaikan masalah-masalah yang sering berlaku dalam rumah tangga, mendepani konflik komunikasi dan lain-lain.
  2. Mereka yang belum berumah tangga juga boleh mendapat panduan sebagai langkah pro aktif buat persediaan menghadapi kehidupan berumah tangga yang penuh cabaran. Ilmu, tip-tip di dalam buku ini boleh dijadikan satu persiapan minda, emosi dan jiwa untuk menjadi pasangan suami-isteri yang saling menyayangi.
  3. Ibu-bapa, kaunselor, ustaz, guru, ketua jabatan, ketua kampung, dan lain-lain anggota masyarakat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyelesaikan masalah rumah tangga yang berlaku di kalangan anak-anak, pelanggan, pengikut, pelajar dan para pengikut mereka.

 

Preview Ebook Bawa Cinta Ke Syurga

10 Manfaat Daripada Ebook Ini Untuk Menjalinkan Kembali Cinta .

  1. Panduan untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah.
  2. Penawar menghadapi saat ujian dan dukacita.
  3. Pencerahan dalam kebuntuan pemikiran.
  4. Penghibur untuk dibaca bersama keluarga.
  5. Pencetus muhasabah tentang tanggung-jawab dan amanah.
  6. Pengukur sejauh mana tujuan berumah tangga tercapai.
  7. Penjelasan hubungan kesalingan antara cinta Allah, Rasulullah dan suami-isteri.
  8. Pembaharuan dalam hubungan hati antara suami-isteri.
  9. Persiapan menghadapi hari tua bersama pasangan.
  10. Persediaan menghadapi saat perpisahan (mati) yang pasti.

Mahu Mendapatkan EBook Ini?

Bawa Cinta Ke Syurga secara keseluruhan adalah ilmu cinta untuk mengharmonikan kembali kasih sayang antara suami isteri yang semakin renggang. Ia adalah ilmu cinta berteraskan akidah, syariat dan akhlak Islamiah paling komprehensif yang anda tak dapat cari di mana-mana.

 

Ia adalah panduan menyeluruh yang membantu menyelesaikan konflik-konflik dalaman dan terpendam, menjentik naluri peranan dan tanggungjawab, mendidik supaya rumah tangga anda dapat kembali sepertimana wujud kasih sayang semasa awal-awal perkahwinan.

 

Saya tahu anda tidak sabar-sabar untuk mendapatkannya, Betul? Dan persoalan yang bermain didalam fikiran anda sekarang adalah bagaimana untuk mendapatkan panduan ini.

 

Tapi sebelum itu, saya ada berita baik untuk anda.

 

Tidak seperti buku yang memerlukan masa untuk dihantar (dan belum tentu sampai pada masa yang dijangka); Anda boleh dapatkan panduan tersebut, HARI INI JUGA!.

 

Sebab panduan ini disediakan dalam bentuk softcopy, atau dengan kata lain, e-Book yang anda boleh terus download ke komputer mahupun handfon.

 

Anda tak perlu tunggu pos laju yang kadang-kadang tidak menepati masa penghantaran yang ada kalanya lebih dari 3 hari.

 

Penyelesaian yang sangat anda perlukan hari ini, akan sampai ke laptop mahupun telefon pintar dengan segera.

 

Dalam masa 10 minit sekarang, anda sudah boleh mula membaca dan mengaplikasikan panduan yang akan mengubah kehidupan anda 360 darjah.

 

Anda boleh dapat e-Book  Bawa Cinta Kita Ke Syurga dengan pelaburan hanya...

 

RM97

 

Ya, itu harga sebenar Ilmu Cinta yang akan mengubah hubungan anda sekarang yang sedang renggang dan retak menanti belah. 

 

Sebab ini satu-satunya ilmu cinta yang mempunyai 200 muka surat, BERWARNA, sarat dengan informasi, kaedah, strategi dan teknik-teknik berdasarkan akidah, syariat dan akhlak Islamiah .

 

Anda tidak akan rugi apa-apa apabila mendapatkan ebook ini. Malah, ia satu-satunya pelaburan yang menguntungkan anda dan pasangan. Jika dilihat kembali, mengembalikan hubungan yang goyah kepada yang utuh dengan kebahagiaan dan ketenangan adalah lebih bernilai daripada nilai wang tunai.

 

Tetapi tunggu!

 

 

Saya juga seorang suami, bapa dan anggota sebuah keluarga, saya tidak terlepas daripada menghadapi masalah-masalah sama ada yang besar dan yang kecil.

 

Saya tahu apa yang anda lalui.

 

Dan saya tahu, anda benar-benar perlukan satu panduan ilmu cinta yang dapat menjernihkan keadaan yang sedang mengeruh.

 

Disebabkan itu, saya ada tawaran istimewa untuk anda.

 

0
0
DAYS
0
0
HOURS
0
0
MINUTES
0
0
SECONDS

Hanya untuk jangka masa terhad sehingga 28 Februari  ini.  anda boleh dapatkan pada harga ...

RM30 SAHAJA

Selain itu, pembeli yang bertuah dan terpilih akan berpeluang bersama saya dan team saya untuk sesi lunch talk serta menerima 10 buah buku dari saya.

 

Manakala anda sebagai pembeli anda layak untuk menerima diskaun sebanyak 20% untuk join mana-mana program anjuran Fitrah Perkasa. Biasannya diskaun ini kami offer hujung tahun sahaja. 

 

Apa tunggu lagi? Masa sedang bergerak pantas. Tekan butang Beli SEKARANG! Jangan tunggu sehingga hubungan anda dengan pasangan hampir kemuncak peleraian, baru nak bertindak beli. Ketika itu, ia mungkin tidak dapat diselamatkan lagi.

 

Harga tawaran ini akan ditutup sebaik sahaja masa tamat. 

Memperbaiki dan mengukuhkan kembali hubungan tidak akan bermula sehingga anda mula mengambil langkah pertama. Mulakan dengan berkomunikasi dengan pasangan. Diiringi dengan perbuatan ketekunan mendengar. Mungkin kekok pada mulanya tetapi ia banyak manfaatnya.

 

Saya percaya, membina satu teras dan asas dalam pembentukan hubungan rumah tangga yang kukuh berteraskan islam, perlukan satu panduan yang lengkap dan menyeluruh. Sepertimana yang saya sediakan dalam ebook Bawa Cinta Kita Ke Syurga.

 

Cinta dan kasih sayang bukan setakat percutian tujuh hari enam malam sempena sambutan ulangtahun perkahwinan. Ia satu perkongsian momen kasih sayang sepanjang hidup. Komitmen untuk hidup bersama bukan setakat membina hubungan yang utuh, malah mengenali kekuatan dan nilai pasangan masing-masing.

 

Jika anda rasakan anda telah hilang arah dalam kegelapan perjalanan keharmonian perhubungan, maka ilmu cinta yang dalam ebook Bawa Cinta Kita Ke Syurga akan bimbing anda mencari sinar dipenghujungnya.

 

Pelajari bagaimana untuk mengatasi cabaran hubungan suami isteri yang menjadi punca jurang dan keretakan dalam perhubungan cinta dan kasih sayang.

 

Akhir kata, tidak ada perasaan yang indah selain mengetahui bahawa perasaan cinta kembali mekar setelah sekian lama pudar. Perasaan di rindui terbibit-bibit dihati antara suami isteri. Kebahagiaan mula dirasai.

 

Anda tahu, bukan kerja, bukan pihak ketiga, bukan krisis umur, bukan jemu yang menjadi penghalang, sebaliknya mengatasi segala badai dalam jiwa yang melanda kita dan pasangan kita.

 

Dan Bawa Cinta Kita Ke Syurga ini mampu memberi kepuasan kepada anda. Saya doakan anda dan pasangan, kebahagiaan dan kesejahteraan yang anda selama ini tercari-cari.

Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

 

Penulis Bawa Cinta Ke Syurga

 

P.s Tawaran ini hanya dibuka untuk seketika

 

P.p.s  Yang mana lebih penting, wang ringgit, atau hubungan yang bahagia.

 

P.p.p.s Lebih cepat anda bertindak, lebih cepat anda lihat perubahan yang anda perlukan selama ini.

Jualan Akan Ditutup Sebentar Lagi

0
0
0
0
0
0
0
0